Wednesday, August 22, 2007

Bila mendidik anak...

Petua membentuk anak2 dengan budi pekerti mulia
Asas2 pendidikan utk anak2(bahagian 1)
  1. Adab makan untuk anak2 -sifat yang mula2 menonjol pada anak2, ialah kegelojohan dgn makanan. Ia perlu dididik dgn cara2 dan adab sopan semasa menghadapi makanan iaitu :
  • Jgn ambil makanan selain dr tangan kanan sahaja
  • Bacalah 'Bismillah...' apabila menyuap makanan
  • Jgn tergesa2 mengambil makanan sblm org lain mengambilnya.
  • Jgn meliarkan pandangan samada terhadap makanan atau org yg sedang makan
  • Jgn gelojoh apabila makan.
  • Kunyahlah makanan sebaik2nya sebelum ditelan.
  • Elakkan mengotorkan tangan dan pakaian dengan makanan tersebut.
  • Biasakan memakan roti tanpa lauk-pauk pada sesetengah waktu, supaya seleranya tidak memandang wajib adanya lauk-pauk dlm makanan.

*Sebagai ibubapa, sentiasalah mengingatkan banyak makan itu adalah sifat tercela dan hendaklah memuji pada anak yang pandai menjaga adab sewaktu menghadapi makanan, dan anak yang makannya sedikit.

Selain itu, ibubapa harus membiasakan anak2 supaya suka mendahului orang lain dlm hidangan dan tidak cerewet dlm soal makanan. Ingatlah, orang2 yang gelojoh dalam menghadapi makanan tidak akan disukai ramai.