Tuesday, July 31, 2007

Bila aku mula rasa rimas...



Bila aku mula rimas ngan saiz badan yang tak berapa nak kurus ni, mula






la aku merapu nak menyelimkan balik body yang dah naik berganda ni..!!!






serriouuussssssslyyyyy...aku sebenaqnya dah gemuk.






Dulu merasa pakai jin saiz 26.....skranggGGG...amik kau bertambah






1...2..3..4..5 inci..hah kira la sendiri.






#&%$^*&^....!!!!..tp nak salahkan sapa yer....?








SOoooo...aku pun ngan hati yang penuh tekad membeli la satu set sauna




tuk kepentingan diri sendiri dan kuarga tersayang...hehehehe...




Tang..tang...tang




ni la ghupa nya




Cantikkan...? Kaler pink lagi. Jadi aku skrang dalam usaha untuk menyahkan
beberapa inci saiz badan aku nih...So..tunggu la perkembangan terbaru nnti.



Bila aku bersauna

Fakta bersauna.

Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori...BERBANDING

1. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori


2. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 � 500 kalori.


3. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori


4. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori



KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP
Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
Meningkatkan sistem kardiovascular
Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
Melancarkan peredaran darah
Meningkatkan sistem immunisasi badan
Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
Meningkatkan tahap metabolisma


BAGI YANG INGIN MENGURANGKAN BERAT BADAN DENGAN CARA BERSAUNA SEELOK2NYA :
Lakukan sauna/mandian wap 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan
sambung lagi untuk selama 10 ke 20 minit lagi . Amalkan selang sehari untuk
tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya!!!.

Wednesday, July 18, 2007

Apa maksud tersirat...?


Bila aku mencintainya...
aku tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa aku mencintai dia. Yang ku tahu dihati dan dimataku hanya ada dia satu-satunya.
ku selalu menerima dia seadanya, di hati dan mataku, dia selalu yang tersegak.
aku selalu ingin tahu tentang apa saja yang dia lalui sepanjang hari ini.
aku selalu mengharapkan kiriman 'SMS' yang ringkas seperti 'selamat pagi', 'dah makan ke', 'take care', dan lain-lain lagi, begitupun cukup untuk menyatakan cintanya dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
walaupun dia tak pernah memberikan sesuatu hadiah atau sebarang ucapan, tapi aku tahu dia tetap mencintaiku.
Dan aku selalu mengingati setiap kejadian yang dilalui bersamanya, bahkan mungkin kejadian yang dia sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untukku. Dan saat itu, mataku pasti berkaca. kerana saat bersamanya itu tidak bisa berulang selalu
aku selalu mengingati setiap kata-kata yang diucapkannya, bahkan mungkin kata-kata yang dia sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana aku menyematkan kata-katanya di hatiku.Pasti kau lupa, tetapi aku tidak lupa untuk mengingatinya.
aku belajar menggemari lagu-lagu kegemarannya, bahkan cuba mendengar CD miliknya, kerana aku ingin tahu apa kegemaran - kesukaannya. walaupun sukar meminati kesukaannya,aku tetap cuba.
aku seringkali akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengannya, kerana saat itu aku begitu menghayati suaranya seolah-olah aku sedang memandangnya.
aku selalu ingin berada di sisinya dan ingin menghabiskan hari-hariku hanya dengannya.
~syourin_leon~