Wednesday, July 18, 2007

Bila aku mencintainya...
aku tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa aku mencintai dia. Yang ku tahu dihati dan dimataku hanya ada dia satu-satunya.
ku selalu menerima dia seadanya, di hati dan mataku, dia selalu yang tersegak.
aku selalu ingin tahu tentang apa saja yang dia lalui sepanjang hari ini.
aku selalu mengharapkan kiriman 'SMS' yang ringkas seperti 'selamat pagi', 'dah makan ke', 'take care', dan lain-lain lagi, begitupun cukup untuk menyatakan cintanya dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
walaupun dia tak pernah memberikan sesuatu hadiah atau sebarang ucapan, tapi aku tahu dia tetap mencintaiku.
Dan aku selalu mengingati setiap kejadian yang dilalui bersamanya, bahkan mungkin kejadian yang dia sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untukku. Dan saat itu, mataku pasti berkaca. kerana saat bersamanya itu tidak bisa berulang selalu
aku selalu mengingati setiap kata-kata yang diucapkannya, bahkan mungkin kata-kata yang dia sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana aku menyematkan kata-katanya di hatiku.Pasti kau lupa, tetapi aku tidak lupa untuk mengingatinya.
aku belajar menggemari lagu-lagu kegemarannya, bahkan cuba mendengar CD miliknya, kerana aku ingin tahu apa kegemaran - kesukaannya. walaupun sukar meminati kesukaannya,aku tetap cuba.
aku seringkali akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengannya, kerana saat itu aku begitu menghayati suaranya seolah-olah aku sedang memandangnya.
aku selalu ingin berada di sisinya dan ingin menghabiskan hari-hariku hanya dengannya.
~syourin_leon~