Wednesday, June 27, 2007

Bila kita boleh diketemukan lagi...




Lama betul kita tak berjumpa...almost 5 years kan...? Min atau nama manja yang ku berikan padanya 'SOFEA' merupakan teman sekerja sahaja padaku pada mulanya..namun lama-kelamaan...aku jadi terpaut ngan kebaikan, kelembutan serta kesweetannya tu.

Jadi aku rindu sgt dengan sofea ni. Aku titipkan rindu aku ni disini semoga Allah menemukan kan aku padanya.Di harapkan sofea berbahagia disamping keluarganya, dan punya anak yang ramai..he..he...he


~syourin_leon~

Tuesday, June 26, 2007

"Ada matang di dalam mentah

Ada mentah di dalam matang

Di dalam mentah ada matang

Di dalam matang ada matang."
~Miranda Risang Ayu~

Tuesday, June 12, 2007

CINTA TANPA SYARAT

Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya.
Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya.
Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.

Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, “bilalah orang tua ini nak mati!”. Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.


http://saifulislam.com

Jadilah seorang yang tabah


Selamilah samudera jiwa kita. Umpama ia lautan yang teramat dalam, kerana itulah kita harus mendalami kehidupan. Ibarat diam menyimpan intan, mutiara dan rahsia alam, begitulah selayaknya perasaan dan emosi yang seharusnya berkembang.

Umpama lautan tidak bertepi, sebegitu jua kata dan rasa kemaafan harus diberikan dan diucapkan pada mereka yang mungkin sedang keliru, tidak ambil peduli atau kerana kejahilan rasa hati.

~syourin_leon~

Sunday, June 10, 2007

Pernah cuba tak...


Mama ingin berkongsi pada sesiapa yang mempunyai masalah sembelit pada masa berpantang. Pada sesiapa yang pernah mengalaminya, kalu tak spent masa hampir sejam sambil menangis dalam bilik air...apa kata para ibu mencuba produk keluaran HPA tersebut.


Tak rugi mencuba, kerana harganya berpatutan dan tentunya halal. Pengalaman mama ketika melahirkan anak pertama dan kedua...Allah saja yang tahu. Memandangkan kelahiran anak-anak mama adalah secara normal maka, luka akibat melahirkan dan ditambah lagi dengan masalah sembelit...bolehlah para ibu bayangkan kesakitannya.

Jadi untuk kelahiran ketiga, mama mencuba produk tersebut terutamanya spirulina...memang berkesan.Selain dari itu, ia juga dapat menambah susu badan serta menjadikan ianya berkhasiat. Maklumlah..dalam keadaan berpantang...kebanyakan makanan yang berkhasiat tak dapat diambil. So, pada sesiapa yang ingin mencuba...harganya cuma RM85.00 (masih murahkan...) dan sesiapa yang ingin mencuba spirulina sahaja..harganya RM30.00 untuk 60 kapsul.

Jika berminat dengan produk tersebut
boleh hubungi ym mamabosan04@yahoo.com













Anak lelaki



"Seorang anak lelaki yang hidup di dalam
keluarga di mana, bapanya sangat
menyayangi ibunya akan mendidik si anak
itu untuk turut menyayangi dan
memperlakukan isterinya dengan layanan yang luarbiasa meskipun
isterinya hanyalah seorang suri rumahtangga biasa."

~syourin_leon~