Wednesday, August 22, 2007

Bila mendidik anak...

Petua membentuk anak2 dengan budi pekerti mulia
Asas2 pendidikan utk anak2(bahagian 1)
  1. Adab makan untuk anak2 -sifat yang mula2 menonjol pada anak2, ialah kegelojohan dgn makanan. Ia perlu dididik dgn cara2 dan adab sopan semasa menghadapi makanan iaitu :
  • Jgn ambil makanan selain dr tangan kanan sahaja
  • Bacalah 'Bismillah...' apabila menyuap makanan
  • Jgn tergesa2 mengambil makanan sblm org lain mengambilnya.
  • Jgn meliarkan pandangan samada terhadap makanan atau org yg sedang makan
  • Jgn gelojoh apabila makan.
  • Kunyahlah makanan sebaik2nya sebelum ditelan.
  • Elakkan mengotorkan tangan dan pakaian dengan makanan tersebut.
  • Biasakan memakan roti tanpa lauk-pauk pada sesetengah waktu, supaya seleranya tidak memandang wajib adanya lauk-pauk dlm makanan.

*Sebagai ibubapa, sentiasalah mengingatkan banyak makan itu adalah sifat tercela dan hendaklah memuji pada anak yang pandai menjaga adab sewaktu menghadapi makanan, dan anak yang makannya sedikit.

Selain itu, ibubapa harus membiasakan anak2 supaya suka mendahului orang lain dlm hidangan dan tidak cerewet dlm soal makanan. Ingatlah, orang2 yang gelojoh dalam menghadapi makanan tidak akan disukai ramai.

Tuesday, August 21, 2007

Bila aku mula menimbang...

Hari ini genaplah sebulan aku menjadikan aktiviti sauna sebagai rutin 3/4 x seminggu.
Jadi, apakah yang telah berlaku pada diriku...?
Hari ini aku mencuba seluar jin baru ukuran 29"...wahhhh...tak sangka aku lulus menyarungkannya. Slalunyer...pinggang suar aku ni cecah 33"...camner tu...?
Dan aku telah kehilangan berat sebanyak 2 1/2 kg dlm masa sebulan...itu dah cukup baguih tuh. Kalu tak susah tul jarum penimbang tu nak berganjak.
Tapi apa yang penting, sengal2 pada badan aku ni dah hilang. Dah tak macam dulu, kalu nak bangun dari duduk tu ngalahkan nenek tua nak bangun...sakit pinggang weyy...
ada satu lagi tempat spot yang aku slalu sakit...
nih..kat atas tulang belikat ...aduh..skali-skala kalu dia buat hal...nak lipat kain pun tak selesa. So, terpaksalah aku hired tukang urut tak bertauliah, mengurut aku jap...ilanglah sekejap.

TAPI...
sejak aku amalkan mandi wap nih...aku dah jarang benar kena serangan sakit belikat nih. Aku tau...kat luar sana, masih ramai lagi terutama wanita yang pernah melahirkan, menderita dengan sakit belakang ni.
Paling penting, bagi aku seorang wanita yang berkerjaya(cewahh) juga merangkap isteri dan ibu...adalah tidur yang secukupnya...tapi semenjak sikecik tu dah tukar jadual beriadah dia dari jam 2.00a.m hingga 5.00 a.m maka dengan sengajanya aku kekurangan tido.
TETAPI...aku tetap mampu untuk bangun seawal 6.00 a.m untuk menyediakan sarapan dan bekal kakak ke sekolah dengan jayanya. Sikit pun tak terasa mengantuk atau lemah badan atau migrain atau penat dan sebagainya. Magikkan...?

Jadi...bagaimana...?
Tidakkah anda diluar sana ingin mencuba dan mengalami sendiri pengalaman yang cukup menerujakan ini...?
Alamilah sendiri, bagaimana badan anda mengeluarkan peluh dengan sedikit bantuan beberapa titis theraphy oil pilihan anda atau dengan kehangatan aroma rempah terpilih yang sesuai untuk kesihatan seorang wanita...Ia penuh dengan rasa sensasi disamping anda akan mengalami kesan-kesan pemulihan akibat dari sistem kesihatan yang tidak teratur.
Mungkin kesan yang paling cepat anda dapat rasakan ialah tekstur kulit akan lebih licin dan lembut hasil stimulasi peningkatan perjalanan darah dibawah kulit.
Juga anda akan mudah untuk bangun dari tidur pada keesokan pagi kerana kesan wap panas pada seluruh anggota badan akan menyebabkan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menyebabkan darah lebih mudah mengalir ke seluruh badan. Kesan panas juga akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wah...lebarnya testimonial peribadi aku kali nih...tapi aku puas kerana pengalaman itu telah aku lalui sendiri.
Jika ada wanita di luar sana yang pernah mengalami masalah seperti aku, kenapa anda tidak mencuba...?

Wednesday, August 15, 2007

Nasi jadi bubur...???

"Nasi dah jadi bubur...makan jer la...kenyang gak".
Begitulah kata bos umah aku tu.
Itu bukan citer aku masak nasi tetiba jadi bubur..tapiii...
pasal orang yang tak berapa nak dengar kata org atau nasihat,
Sooo..bila sesuatu akibat dek kerana tak mau mendengar kata tu berlaku,
apa yang boleh dibuat...terima @ layan je la.
hu..hu..hu
Namun jauh disudut hati aku ni, kasihan pun ada,
besar betul pengorbanan untuk mendapat sebuah kesedaran dan penyesalan.
N3 ni aku tujukan pada mereka yang susah tul nak dengar nasihat org lain.
Kadang bila di alam remaja, semuanya indah belaka,
bila bercinta bagai dia berdua jer yang duk atas donia ni,
time ni kalu diberi nasihat macam air timpa daun keladi, sikit pun tak berbekas.
Yang aku ralat, kalu esok2, derang ditimpa akibat dari kedegilan derang tu,
bukan dia jer yang susah...mak..abah..adik-beradik ..seme jadi haru.
(nyesal dulu leh makan nasi...nyesal kendian...makan ler bubur)
Sudahnyer...makan ler bubur tu...kenyang tu kenyang la..
tapi tak merasa la nak makan nasi ngan lauk macam2...
(emm..tak besnyer idup camtu)...ari2 kena makan bubur!!!

Tuesday, August 7, 2007

Bila aku adalah seorang wanita...

Wanita mana yang tak ingin kelihatan cantik...? Dan aku adalah wanita




yang ingin cantik 24 jam...tapiiii...




sebelum tu aku dah buat pengiraan kos untuk cantik dengan cara




bersauna hanya di salon...di ulang sekali lagiii..




HANYA DENGAN BERSAUNA DI SALON SAHAJA!!!




Jika anda ke salon untuk bersauna, anda akan dikenakan anggaran minima sebanyak




RM 25.00 sahaja.




Untuk 1 minggu - 2 sessi (RM 50.00)


1 bulan - 8 sessi (RM 200.00)


1 tahun - 96 sessi (RM 2,400.00)




Menurut seorang pengusaha salon kecantikan,


ada dua cara yang efektif untuk menurunkan berat badan iaitu




1. menggunakan krim panas disertai urutan menggunakan mesin pengurut dan beg panas




atau




2. MANDI SAUNA bagi memecahkan lemah






Jadi sekiranya anda ingin menjalani hidup yang ...


SEGAR dan SIHAT serta CANTIK...




anda perlu menyediakan kos seperti di atas.


Macamana...ada berani...? Cubalah... :D










Thursday, August 2, 2007

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai di sini…..
Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

Wednesday, August 1, 2007

Bila aku mula rajin menepek....

Meh aku bagitau pasai apa yang aku skkeee sgt..... nak beli sauna
nih..And...dah beli pun menda alah tu...
pasal ni lah



dan....



lagiii....


SOOoooo...apa lagi..meh lah bersauna...