Monday, June 29, 2009


ImageChef.com Poetry Blender

Bila yang sentiasa disisi hilang sekelip mata...

Sekuat mana hati ini mampu menghadapinya...setabah mana jiwa ini mampu menahan getaran kesedihannya...cukupkah airmata ini membasuh kesepian dan kepedihan yang dirasai...selama mana masa yang perlu untuk mengubatinya atau melupakannya...tidak..tidak...tidak mungkin akan melupakannya jika yang hilang itu adalah yang kita sayangi...


Namun aturan Allah tidak siapa mampu menepis...mungkin kita mampu mengubahnya...pilihan di tangan kita.



Bila aku tertarik...

... semakin ku nafi, semakin menjadi ...

Kepada hati yang rapuh, aku selalu berbisik : Hati, cukup-cukuplah terbang tinggi. Lekaslah kembali pulang ke bumi. Bukan jatuh berkali-kali yang aku takutkan. Tapi sakit dan luka jatuh yang entah bila dapat terubatkan. Apa yang selalu kamu bisikkan pada hati? Bila separuh hati mahu segalanya ternoktah di sini. Separuh lagi hati mahu mencuba sampai mati...

-nukilan zuril-

(entah kenapa ungkapan ini bagai bayang diriku)

Monday, February 9, 2009

Velvet cupcake @ kitchen

Dah lama jugak aku menyimpan keinginan untuk mencuba resepi kek kaler merah ni itupun setelah puas mengintai sana-sini resepi yang agak tercapai akalku untuk mencuba. Bagi aku pelik gak lah, kalu dh resepi ada dimasukkan cuka. Mungkin bg org lain sudah jd perkara biasa..bancuh kek buh cuka hehehe. Tp..apa2 hal pun..kek kaler merah ni jd kegemaran anak2ku. Mintak ampun..xleh diamalkan slalu, sukatan kaler merahnya jer dh 2 sdb. Banyak pewarna tu nak oiii. Tp mmg sedap(tq pada penyumbang resepi ni)...tak caya cubalah.




VELVET CUPCAKE

BAHAN A
(diayak 2x)
250g tepung gandum
1 sdt baking powder
½ sdt garam
2 sdt serbuk koko


BAHAN B (Jadikan buttermilk-dicampurkan dan dibiarkan 10 minit)
240ml susu cair
1 sdt cuka makan
2 sdb pewarna merah


BAHAN C(dipukul kembang kemudian baru dimasukkan telur)
113g majerin@butter
300g gula castor
2 biji telur saiz A
1 sdt esen vanilla

BAHAN D(bancuh kedua2nya dan curahkan ke dlm adunan seblm dibakar)
1 sdt cuka
1 sdt baking soda
CARA-CARA
Masukkan bahan A kedlm bahan C secara berselang seli dengan bahan B. Akhir sekali masukkan bahan D sehingga sebati dan rata. Dibakar dengan suhu 180 darjah selama 45 minit @ sehingga masak.Mudah dan sedap.




Tuesday, February 3, 2009

Morning@kitchen

Kadang tak tau nk dibikin apa untuk sarapan pagi, nk makan berasaskan mee mcm dh boring, nak brunch sesuatu yang manis macam tak kena selera jadi aku cuba sesuatu yang ringkas tp yg penting ia tidak manis. Memandangkan stok roti pun ada..kita makan roti jer la pagi ni...nk sedap kita buh inti skit.









Nk citer pasal makan roti di pagi hari ni...senang jer. Roti ...tak yah buat..beli jer yg dh siap..tp aku suke roti roll gardenia..sbb bleh dipelbagaikan cara hidangan.Cicah air milo sejuk pun bes..itu kesukaan kakak la.

Roti John berkentang
Bab inti...
Secawan kentang dadu yg telah direbus
1/2 cawan udang cincang @ daging kisar @ isi ayam cincang
2 sdb campuran bawang besar + bawang putih cincang+sedikit halia
1 1/2 sdb serbuk kari daging + sedikit mintak untuk menumis
Sedikit daun sup/bawang dicincang + cilipadi(optional)

Bab membuatnya...
  • Tumisla bawang dulu..biar sedikit garing.
  • masukkan serbuk kari yg dibancuh sedikit air...biarkan agak kering sedikit
  • Masukkan kentang+udang+garam+gula(biarkan hingga air udang agak kering)
  • Sblm ditutup api...taburkan daun sup.



Bab nk letak inti pd roti...

  • Pukul 2 biji telur
  • Masukkan inti kenyang ke dlm telur
  • Tuang sedikit campuran telur ke atas kuali yg telah dilengser sedikit minyak.
  • Letakkan roti roll yang telah dibelah dua di atas telur.
  • Angkat apabila telur telah melekat elok pada roti dan masak
  • Boleh la dihidangkan bersama...hirisan timun/tomato + mayonis.

Tak rugi mencuba..mana tau..mungkin kena dengan selera sendiri.





Weekend@kitchen

Hari minggu lepas tekak ni tingin plak nak makan kudap2 tapi yang dibuat oleh air tangan sendiri. Jadi, kebetulan ada plak lebihan stok plain yogurt jd wat KEK YOGURT pun bes gak ni. Jd selesai acara memasak wajib untuk makan tghari dengan mengorbankan waktu ZZZzzzzz di hari cuti maka aku mulakan operasi.Bahan2nya:
A.Diayak.
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder

B.Dipukul hingga kembang
3 biji telur saiz A
1 1/2 cawan gula kastor

Bahan B dicampur bersama
1 cawan minyak sayuran@minyak masak pun boleh.
1 cawan plain yogurt dikacau sebati

Akhir sekali bahan A di aduk bersama adunan B (tp jgn terlampau dikacau nnti kek tak jd gebu)

Bakar dengan suhu 180 selama 45 minit @ sehingga masak.
Inilah rupa kudap2anku petang ari minggu lepas. Makan dengan teh panas...nikmatnya. Apatah lagi dengan rasa lemak yogurt, memanggg memanggil selera.