Tuesday, August 21, 2007

Bila aku mula menimbang...

Hari ini genaplah sebulan aku menjadikan aktiviti sauna sebagai rutin 3/4 x seminggu.
Jadi, apakah yang telah berlaku pada diriku...?
Hari ini aku mencuba seluar jin baru ukuran 29"...wahhhh...tak sangka aku lulus menyarungkannya. Slalunyer...pinggang suar aku ni cecah 33"...camner tu...?
Dan aku telah kehilangan berat sebanyak 2 1/2 kg dlm masa sebulan...itu dah cukup baguih tuh. Kalu tak susah tul jarum penimbang tu nak berganjak.
Tapi apa yang penting, sengal2 pada badan aku ni dah hilang. Dah tak macam dulu, kalu nak bangun dari duduk tu ngalahkan nenek tua nak bangun...sakit pinggang weyy...
ada satu lagi tempat spot yang aku slalu sakit...
nih..kat atas tulang belikat ...aduh..skali-skala kalu dia buat hal...nak lipat kain pun tak selesa. So, terpaksalah aku hired tukang urut tak bertauliah, mengurut aku jap...ilanglah sekejap.

TAPI...
sejak aku amalkan mandi wap nih...aku dah jarang benar kena serangan sakit belikat nih. Aku tau...kat luar sana, masih ramai lagi terutama wanita yang pernah melahirkan, menderita dengan sakit belakang ni.
Paling penting, bagi aku seorang wanita yang berkerjaya(cewahh) juga merangkap isteri dan ibu...adalah tidur yang secukupnya...tapi semenjak sikecik tu dah tukar jadual beriadah dia dari jam 2.00a.m hingga 5.00 a.m maka dengan sengajanya aku kekurangan tido.
TETAPI...aku tetap mampu untuk bangun seawal 6.00 a.m untuk menyediakan sarapan dan bekal kakak ke sekolah dengan jayanya. Sikit pun tak terasa mengantuk atau lemah badan atau migrain atau penat dan sebagainya. Magikkan...?

Jadi...bagaimana...?
Tidakkah anda diluar sana ingin mencuba dan mengalami sendiri pengalaman yang cukup menerujakan ini...?
Alamilah sendiri, bagaimana badan anda mengeluarkan peluh dengan sedikit bantuan beberapa titis theraphy oil pilihan anda atau dengan kehangatan aroma rempah terpilih yang sesuai untuk kesihatan seorang wanita...Ia penuh dengan rasa sensasi disamping anda akan mengalami kesan-kesan pemulihan akibat dari sistem kesihatan yang tidak teratur.
Mungkin kesan yang paling cepat anda dapat rasakan ialah tekstur kulit akan lebih licin dan lembut hasil stimulasi peningkatan perjalanan darah dibawah kulit.
Juga anda akan mudah untuk bangun dari tidur pada keesokan pagi kerana kesan wap panas pada seluruh anggota badan akan menyebabkan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menyebabkan darah lebih mudah mengalir ke seluruh badan. Kesan panas juga akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wah...lebarnya testimonial peribadi aku kali nih...tapi aku puas kerana pengalaman itu telah aku lalui sendiri.
Jika ada wanita di luar sana yang pernah mengalami masalah seperti aku, kenapa anda tidak mencuba...?