Thursday, April 21, 2011

Superhero Malaysia

Setelah lama menyepikan diri atas alasan memperkasakan badan...kini lahirlah SUPER HERO MALAYSIA.


Tuesday, April 19, 2011

Teka-teki merapu

Apa yang langit tak tau, bumi tahu

Apa yang saya tahu, ayah tak tahu.

apa gamaknya jawapannya...kalu Kiah propa pun belum tentu boleh jawap ni...

Jawapannya lain posting lar yer...

Bila orang Arab cakap Kelantan.



Bangga rasa weii...ahakss

Thursday, April 29, 2010

Senak diperut, pedih di punggung,buntu di kepala...

Dua tiga hari lepas, Abg ngah diserang demam bercampur cirit-birit, melarat-larat pulak smpai 2-3 hari. Aku pulak jenis malas nak pegi klinik...dh biasa sgt..kalau demam mesti ada ciritnya sekali.

Jadi, sementara abg ngah nk elok, buntu jugak memikirkan ubat apa yang mujarab untuknya. Mungkin ibu-ibu yang lain mengalami apa yang aku alami ini. Akhirnya, dpt jugak solutionnya.


Cari jer di mana-mana farmasi atau klinik. Tak mahal pun, ubat yang mampu dibeli. Jgn dibiarkan anak-anak asyik keluar masuk tandas seharian. Kesian diorang. Penangan cirit ni bleh menggigil kepala lutut tau.

Thursday, April 15, 2010

Tertanya tak tentu hala

Apa salah aku...tetiba plak jawab soalan aku gaya orang nk mogok jer. Jap cuba aku recall balik..tah apa soalan yg aku sua kat dia ni td.

Aku : Hello bz ker

Dia : Tak

Aku : Tgh buat apa tuh?

Dia : Tak de wat apa.{dgn nada malas nk layan jr..kata tak bz td)

Aku : Emm..tak pe la kalu camtu. Ok la yer.????

Dia : Emmm.


Kesimpulannya...mungkin salah aku kut...tanya khabar org di masa yang tak tentu hala???

Monday, June 29, 2009


ImageChef.com Poetry Blender

Bila yang sentiasa disisi hilang sekelip mata...

Sekuat mana hati ini mampu menghadapinya...setabah mana jiwa ini mampu menahan getaran kesedihannya...cukupkah airmata ini membasuh kesepian dan kepedihan yang dirasai...selama mana masa yang perlu untuk mengubatinya atau melupakannya...tidak..tidak...tidak mungkin akan melupakannya jika yang hilang itu adalah yang kita sayangi...


Namun aturan Allah tidak siapa mampu menepis...mungkin kita mampu mengubahnya...pilihan di tangan kita.



Bila aku tertarik...

... semakin ku nafi, semakin menjadi ...

Kepada hati yang rapuh, aku selalu berbisik : Hati, cukup-cukuplah terbang tinggi. Lekaslah kembali pulang ke bumi. Bukan jatuh berkali-kali yang aku takutkan. Tapi sakit dan luka jatuh yang entah bila dapat terubatkan. Apa yang selalu kamu bisikkan pada hati? Bila separuh hati mahu segalanya ternoktah di sini. Separuh lagi hati mahu mencuba sampai mati...

-nukilan zuril-

(entah kenapa ungkapan ini bagai bayang diriku)

Monday, February 9, 2009

Velvet cupcake @ kitchen

Dah lama jugak aku menyimpan keinginan untuk mencuba resepi kek kaler merah ni itupun setelah puas mengintai sana-sini resepi yang agak tercapai akalku untuk mencuba. Bagi aku pelik gak lah, kalu dh resepi ada dimasukkan cuka. Mungkin bg org lain sudah jd perkara biasa..bancuh kek buh cuka hehehe. Tp..apa2 hal pun..kek kaler merah ni jd kegemaran anak2ku. Mintak ampun..xleh diamalkan slalu, sukatan kaler merahnya jer dh 2 sdb. Banyak pewarna tu nak oiii. Tp mmg sedap(tq pada penyumbang resepi ni)...tak caya cubalah.




VELVET CUPCAKE

BAHAN A
(diayak 2x)
250g tepung gandum
1 sdt baking powder
½ sdt garam
2 sdt serbuk koko


BAHAN B (Jadikan buttermilk-dicampurkan dan dibiarkan 10 minit)
240ml susu cair
1 sdt cuka makan
2 sdb pewarna merah


BAHAN C(dipukul kembang kemudian baru dimasukkan telur)
113g majerin@butter
300g gula castor
2 biji telur saiz A
1 sdt esen vanilla

BAHAN D(bancuh kedua2nya dan curahkan ke dlm adunan seblm dibakar)
1 sdt cuka
1 sdt baking soda
CARA-CARA
Masukkan bahan A kedlm bahan C secara berselang seli dengan bahan B. Akhir sekali masukkan bahan D sehingga sebati dan rata. Dibakar dengan suhu 180 darjah selama 45 minit @ sehingga masak.Mudah dan sedap.




Tuesday, February 3, 2009

Morning@kitchen

Kadang tak tau nk dibikin apa untuk sarapan pagi, nk makan berasaskan mee mcm dh boring, nak brunch sesuatu yang manis macam tak kena selera jadi aku cuba sesuatu yang ringkas tp yg penting ia tidak manis. Memandangkan stok roti pun ada..kita makan roti jer la pagi ni...nk sedap kita buh inti skit.









Nk citer pasal makan roti di pagi hari ni...senang jer. Roti ...tak yah buat..beli jer yg dh siap..tp aku suke roti roll gardenia..sbb bleh dipelbagaikan cara hidangan.Cicah air milo sejuk pun bes..itu kesukaan kakak la.

Roti John berkentang
Bab inti...
Secawan kentang dadu yg telah direbus
1/2 cawan udang cincang @ daging kisar @ isi ayam cincang
2 sdb campuran bawang besar + bawang putih cincang+sedikit halia
1 1/2 sdb serbuk kari daging + sedikit mintak untuk menumis
Sedikit daun sup/bawang dicincang + cilipadi(optional)

Bab membuatnya...
  • Tumisla bawang dulu..biar sedikit garing.
  • masukkan serbuk kari yg dibancuh sedikit air...biarkan agak kering sedikit
  • Masukkan kentang+udang+garam+gula(biarkan hingga air udang agak kering)
  • Sblm ditutup api...taburkan daun sup.



Bab nk letak inti pd roti...

  • Pukul 2 biji telur
  • Masukkan inti kenyang ke dlm telur
  • Tuang sedikit campuran telur ke atas kuali yg telah dilengser sedikit minyak.
  • Letakkan roti roll yang telah dibelah dua di atas telur.
  • Angkat apabila telur telah melekat elok pada roti dan masak
  • Boleh la dihidangkan bersama...hirisan timun/tomato + mayonis.

Tak rugi mencuba..mana tau..mungkin kena dengan selera sendiri.





Weekend@kitchen

Hari minggu lepas tekak ni tingin plak nak makan kudap2 tapi yang dibuat oleh air tangan sendiri. Jadi, kebetulan ada plak lebihan stok plain yogurt jd wat KEK YOGURT pun bes gak ni. Jd selesai acara memasak wajib untuk makan tghari dengan mengorbankan waktu ZZZzzzzz di hari cuti maka aku mulakan operasi.Bahan2nya:
A.Diayak.
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder

B.Dipukul hingga kembang
3 biji telur saiz A
1 1/2 cawan gula kastor

Bahan B dicampur bersama
1 cawan minyak sayuran@minyak masak pun boleh.
1 cawan plain yogurt dikacau sebati

Akhir sekali bahan A di aduk bersama adunan B (tp jgn terlampau dikacau nnti kek tak jd gebu)

Bakar dengan suhu 180 selama 45 minit @ sehingga masak.
Inilah rupa kudap2anku petang ari minggu lepas. Makan dengan teh panas...nikmatnya. Apatah lagi dengan rasa lemak yogurt, memanggg memanggil selera.








Wednesday, October 8, 2008

Bila aku kembali lagi...

Lamanya aku tak ke sini...nape yek? Ooo...sebab aku malas tul nak meng update blog ni...pasal aku xder idea nk ditabur kat blog ni...mungkin aku lebih sibuk dari PM atau memang sajer jer aku biarkan blog ni bersawang.





Raya dh lepas seminggu kan, perut yang baru nk kempis dah muncit balik. Huhuhu...Segala yang depan mata..xder yang x blasah melainkan spesis yang memilih makan..makan apa yang perlu jer..(bukan aku tu). Pastu, tetiba jer rasa nyesal pasal apa la pi blasah segala-galanya...emmm...ada sapa-sapa yang bleh tolong wey...tolong la..





Dalam sibuk aku mencari jalan penyelesaian pada masalah aku ni, tetiba teringat aku pada menda nih. Dulu member aku rekemen menda tu disebabkan sistem pembuanganku yang x brape nk lancar, memula dia bagi 3 jer..aku kata "eh mana cukup nih beb " tp member ngan yakinnya cakap"ala kau cuba dulu baru tau". Emm..aku pun cubalah ngan penuh perasaan yang x brape yakin nih...selepas 6 jam..jeng..jeng...(eloknya kalu mereka yang ada masalah cam aku ..mencuba jugak...aku jamin mesti x nyesal malah akan berterimakasih pada aku..hehehe)


Bagi mereka yang masih sakan beraya tuh..ingat2 la skit...perut punca penyakit...skali-skala apasalahnya servis skit bahagian abdomen korang tuh.


Monday, June 16, 2008

Bila aku menyerah diri...


Peristiwa aku menyerah diri pada sifu yang ku panggil kak Min telah sebulan berlalu tapi sehingga kini aku masih teruja, aku puas dan tak sangka plak tangan keras yang tak penah pegang nozzle boleh buat ros berkuntum-kuntum.
Itu semua berkat ajaran sifu Min.
Walaupun tak seindah mana kuntuman ros buatan ku tapi aku puas. Juga hiasan pada c/cakes...okkan..apa yang penting hatiku puas melihat hero n heroin dirumah tersenyum kagum melihat hasil kerastangan mamanya yg baru nak berjinak dengan dunia mendeko nih..
Apa kata kita layan gambar...




Sebenarnya, tak banyak pun gambar yang aku amik..selebihnya gambar2 org yg makan hasil first experimenku.




Sunday, June 15, 2008

Bila jiwa ini bergetar dengan seribu perasaan...

KETIKA DIRI HARUS BERANJAK PERGI
Sumber: Zaafarani Zahirul Haq

"RABB! Semanis-manis pemberianMu dalam kalbuku ialah perasaan harapku terhadapMu dan indah-indahnya perkataan pada lidahku ialah memujiMu, sedang yang paling aku rindukan ialah saat berjumpa denganMU.."

Ketika Diri Harus Beranjak PergiJiwa meregang...Tubuh pun bergetar hebat, berbaur jeritan ketakutanatau linangan air mata bahagia kerana ingin bertemu Rabbnya.Ditarik, dan dicabut dari setiap urat nadi, syaraf, dan akar rambut.Ini sebuah titah, ia harus kembali kepada pemilikNya.Allahu Akbar, janjiMu telah tiba.

Yaa Rabbi...,

alangkah sakit dan pedih.Perih laksana tiga ratus tusukan pedang,atau ringan bagaikan sebuah pengait saat dimasukkandan ditarik dari gumpalan bulu yang basah.Duhai jiwa, seandainya engkau tahu bahawa sakaratul maut itu lebih ngeri dan dahsyat dari semua sketsa yang ada.

Sayup terdengar lantunan ayat suci Al-Quran,Dan titisan air mata yang tumpah.Lalu, hening berbalut sepi.Semakin hening, bening..., menggantikan hingar bingar duniadi kala pagi yang penat dan siang yang meranggas.Diam pun menyisakan kepiluan, kesedihan atau berjuta kenangan.Dia telah pergi, dan tak akan kembali.

Ya Allah..., inikah kepastian yang telah Engkau tetapkan?

Di mana tumpukan harta yang telah terkumpul sekian lama?Pembantu yang setia, rumah mewah, kenderaan, kebun luas terbentangdan subur, pakaian yang indah, dan orang-orang tercinta;dimanakah kini kalian berada?Semua telah direnggut kematian, dicampakkan, dan dihempaskannyakenikmatan dunia yang dahulu terlalu dibangga-banggakan.Adakah segala amanah dapat menuai pahala, duhai Allah.

Kegelapan pun menerjah, hitam pekat laksana jelaga,sungguh mengerikan sebahagian jiwa yang akan bertemandengan amalan jahat hingga tibanya hari kiamat.Mencekam, berbaur jeritan kuat memekakkan telinga,"Jangan Kau datangkan kiamat Ya Allah, sungguh aku disinisudah amat tersiksa!!!" saat diperlihatkan tempatnya di neraka.Bagi sebahagian lainnya, alam kubur justeru membuat bahagia.Berteman amal sholeh yang diibaratkan sebagai manusia denganparas amat menyenangkan. Lalu dia pun menjerit, menangis bahagiasaat ditunjukkan tempatnya di Syurga; "Datangkan hari kiamat sekarangYa Allah, aku ingin segera ke sana!!!"

Kematian...

Erat menyiratkan takut dan pilu serta lantunan senandung duka.Menciptakan nada-nada pedih dan gamang yang kadang menghujamiman, hingga hati pun bertanya, mengapa selalu ada perpisahan?Rasa itu menghentam dan menikam pada keluarga yang ditinggalkan.

Namun kematian adalah suatu kenescayaan, kerana ia telah dijanjikan.Kematian pun hakikatnya adalah sahabat akrab bagi setiap yang bernyawa.Sayang, kesedaran itu begitu menghentak saat orang-orang yang kitacintai yang direnggutnya. Ketika itu auranya begitu dekat, serasa setiaphelaan nafas beraroma kematian.

Duhai jiwa...

Sedarkah engkau bahawa kelak kuburan adalah tempat peristirehatan?Sudahkah engkau siapkan malam pertama di sana, seperti kau sibukkan dirimenjelang malam pertama pernikahan?Tidakkah engkau tahu bahawa ia adalah malam yang amat mengerikan,malam yang membuat orang-orang sholeh menangis saat memikirkannya.

Kau gerakkan lidah ini untuk membaca Al-Quran, tetapi tingkah lakumutidak pernah kau selaraskan. Kau kenal syaitan, tetapi mereka kau jadikan teman.Kau ucapkan bahawa Rasulullah Sallallaahu Alaihi Wasallam adalah kecintaan,namun sunnahNya kau tinggalkan.Kau katakan ingin masuk syurga, tapi tak pernah berhenti berbuat dosa.Tak henti-hentinya kau sibukkan dirimu dengan kesalahan saudaramu sendiri, padahal engkau pun bukan manusia suci.Saat kau kebumikan sahabat-sahabat yang telah mendahului, mengapa kaumengira dirimu tidak akan pernah mati?

Astaghfirullah al'adzim...

Duhai Allah...

Engkau yang Maha MendengarDengarkan munajat ini Ya Rabbi,Berilah kesempatan untuk kami selalu memperbaiki diriJadikan diri ini bersih, hingga saat menghadapMu nanti

Allaahumma hawwin 'alainaa fii sakaraatil mautAllaahumma hawwin 'alainaa fii sakaraatil mautAllaahumma hawwin 'alainaa fii sakaraatil maut

Ringankan kematian kami Ya Allah, mudahkanlah duhai Pemilik JiwaJadikan hati ini ikhlas saat malaikat maut menyapaHingga kematian menjadi sangat indah, kematian yang husnul khaatimahWallahua'lam bisshawab.

*Terimakasih kerana Diana sudi memanjangkan hasil nukilan ini.

Wednesday, August 22, 2007

Bila mendidik anak...

Petua membentuk anak2 dengan budi pekerti mulia
Asas2 pendidikan utk anak2(bahagian 1)
  1. Adab makan untuk anak2 -sifat yang mula2 menonjol pada anak2, ialah kegelojohan dgn makanan. Ia perlu dididik dgn cara2 dan adab sopan semasa menghadapi makanan iaitu :
  • Jgn ambil makanan selain dr tangan kanan sahaja
  • Bacalah 'Bismillah...' apabila menyuap makanan
  • Jgn tergesa2 mengambil makanan sblm org lain mengambilnya.
  • Jgn meliarkan pandangan samada terhadap makanan atau org yg sedang makan
  • Jgn gelojoh apabila makan.
  • Kunyahlah makanan sebaik2nya sebelum ditelan.
  • Elakkan mengotorkan tangan dan pakaian dengan makanan tersebut.
  • Biasakan memakan roti tanpa lauk-pauk pada sesetengah waktu, supaya seleranya tidak memandang wajib adanya lauk-pauk dlm makanan.

*Sebagai ibubapa, sentiasalah mengingatkan banyak makan itu adalah sifat tercela dan hendaklah memuji pada anak yang pandai menjaga adab sewaktu menghadapi makanan, dan anak yang makannya sedikit.

Selain itu, ibubapa harus membiasakan anak2 supaya suka mendahului orang lain dlm hidangan dan tidak cerewet dlm soal makanan. Ingatlah, orang2 yang gelojoh dalam menghadapi makanan tidak akan disukai ramai.

Tuesday, August 21, 2007

Bila aku mula menimbang...

Hari ini genaplah sebulan aku menjadikan aktiviti sauna sebagai rutin 3/4 x seminggu.
Jadi, apakah yang telah berlaku pada diriku...?
Hari ini aku mencuba seluar jin baru ukuran 29"...wahhhh...tak sangka aku lulus menyarungkannya. Slalunyer...pinggang suar aku ni cecah 33"...camner tu...?
Dan aku telah kehilangan berat sebanyak 2 1/2 kg dlm masa sebulan...itu dah cukup baguih tuh. Kalu tak susah tul jarum penimbang tu nak berganjak.
Tapi apa yang penting, sengal2 pada badan aku ni dah hilang. Dah tak macam dulu, kalu nak bangun dari duduk tu ngalahkan nenek tua nak bangun...sakit pinggang weyy...
ada satu lagi tempat spot yang aku slalu sakit...
nih..kat atas tulang belikat ...aduh..skali-skala kalu dia buat hal...nak lipat kain pun tak selesa. So, terpaksalah aku hired tukang urut tak bertauliah, mengurut aku jap...ilanglah sekejap.

TAPI...
sejak aku amalkan mandi wap nih...aku dah jarang benar kena serangan sakit belikat nih. Aku tau...kat luar sana, masih ramai lagi terutama wanita yang pernah melahirkan, menderita dengan sakit belakang ni.
Paling penting, bagi aku seorang wanita yang berkerjaya(cewahh) juga merangkap isteri dan ibu...adalah tidur yang secukupnya...tapi semenjak sikecik tu dah tukar jadual beriadah dia dari jam 2.00a.m hingga 5.00 a.m maka dengan sengajanya aku kekurangan tido.
TETAPI...aku tetap mampu untuk bangun seawal 6.00 a.m untuk menyediakan sarapan dan bekal kakak ke sekolah dengan jayanya. Sikit pun tak terasa mengantuk atau lemah badan atau migrain atau penat dan sebagainya. Magikkan...?

Jadi...bagaimana...?
Tidakkah anda diluar sana ingin mencuba dan mengalami sendiri pengalaman yang cukup menerujakan ini...?
Alamilah sendiri, bagaimana badan anda mengeluarkan peluh dengan sedikit bantuan beberapa titis theraphy oil pilihan anda atau dengan kehangatan aroma rempah terpilih yang sesuai untuk kesihatan seorang wanita...Ia penuh dengan rasa sensasi disamping anda akan mengalami kesan-kesan pemulihan akibat dari sistem kesihatan yang tidak teratur.
Mungkin kesan yang paling cepat anda dapat rasakan ialah tekstur kulit akan lebih licin dan lembut hasil stimulasi peningkatan perjalanan darah dibawah kulit.
Juga anda akan mudah untuk bangun dari tidur pada keesokan pagi kerana kesan wap panas pada seluruh anggota badan akan menyebabkan darah lebih cair, mengembangkan urat saraf dan menyebabkan darah lebih mudah mengalir ke seluruh badan. Kesan panas juga akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Wah...lebarnya testimonial peribadi aku kali nih...tapi aku puas kerana pengalaman itu telah aku lalui sendiri.
Jika ada wanita di luar sana yang pernah mengalami masalah seperti aku, kenapa anda tidak mencuba...?

Wednesday, August 15, 2007

Nasi jadi bubur...???

"Nasi dah jadi bubur...makan jer la...kenyang gak".
Begitulah kata bos umah aku tu.
Itu bukan citer aku masak nasi tetiba jadi bubur..tapiii...
pasal orang yang tak berapa nak dengar kata org atau nasihat,
Sooo..bila sesuatu akibat dek kerana tak mau mendengar kata tu berlaku,
apa yang boleh dibuat...terima @ layan je la.
hu..hu..hu
Namun jauh disudut hati aku ni, kasihan pun ada,
besar betul pengorbanan untuk mendapat sebuah kesedaran dan penyesalan.
N3 ni aku tujukan pada mereka yang susah tul nak dengar nasihat org lain.
Kadang bila di alam remaja, semuanya indah belaka,
bila bercinta bagai dia berdua jer yang duk atas donia ni,
time ni kalu diberi nasihat macam air timpa daun keladi, sikit pun tak berbekas.
Yang aku ralat, kalu esok2, derang ditimpa akibat dari kedegilan derang tu,
bukan dia jer yang susah...mak..abah..adik-beradik ..seme jadi haru.
(nyesal dulu leh makan nasi...nyesal kendian...makan ler bubur)
Sudahnyer...makan ler bubur tu...kenyang tu kenyang la..
tapi tak merasa la nak makan nasi ngan lauk macam2...
(emm..tak besnyer idup camtu)...ari2 kena makan bubur!!!

Tuesday, August 7, 2007

Bila aku adalah seorang wanita...

Wanita mana yang tak ingin kelihatan cantik...? Dan aku adalah wanita




yang ingin cantik 24 jam...tapiiii...




sebelum tu aku dah buat pengiraan kos untuk cantik dengan cara




bersauna hanya di salon...di ulang sekali lagiii..




HANYA DENGAN BERSAUNA DI SALON SAHAJA!!!




Jika anda ke salon untuk bersauna, anda akan dikenakan anggaran minima sebanyak




RM 25.00 sahaja.




Untuk 1 minggu - 2 sessi (RM 50.00)


1 bulan - 8 sessi (RM 200.00)


1 tahun - 96 sessi (RM 2,400.00)




Menurut seorang pengusaha salon kecantikan,


ada dua cara yang efektif untuk menurunkan berat badan iaitu




1. menggunakan krim panas disertai urutan menggunakan mesin pengurut dan beg panas




atau




2. MANDI SAUNA bagi memecahkan lemah






Jadi sekiranya anda ingin menjalani hidup yang ...


SEGAR dan SIHAT serta CANTIK...




anda perlu menyediakan kos seperti di atas.


Macamana...ada berani...? Cubalah... :D










Thursday, August 2, 2007

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda
Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai di sini…..
Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

Wednesday, August 1, 2007

Bila aku mula rajin menepek....

Meh aku bagitau pasai apa yang aku skkeee sgt..... nak beli sauna
nih..And...dah beli pun menda alah tu...
pasal ni lah



dan....



lagiii....


SOOoooo...apa lagi..meh lah bersauna...







Tuesday, July 31, 2007

Bila aku mula rasa rimas...



Bila aku mula rimas ngan saiz badan yang tak berapa nak kurus ni, mula






la aku merapu nak menyelimkan balik body yang dah naik berganda ni..!!!






serriouuussssssslyyyyy...aku sebenaqnya dah gemuk.






Dulu merasa pakai jin saiz 26.....skranggGGG...amik kau bertambah






1...2..3..4..5 inci..hah kira la sendiri.






#&%$^*&^....!!!!..tp nak salahkan sapa yer....?








SOoooo...aku pun ngan hati yang penuh tekad membeli la satu set sauna




tuk kepentingan diri sendiri dan kuarga tersayang...hehehehe...




Tang..tang...tang




ni la ghupa nya




Cantikkan...? Kaler pink lagi. Jadi aku skrang dalam usaha untuk menyahkan
beberapa inci saiz badan aku nih...So..tunggu la perkembangan terbaru nnti.



Bila aku bersauna

Fakta bersauna.

Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori...BERBANDING

1. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori


2. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 � 500 kalori.


3. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori


4. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori



KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP
Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
Meningkatkan sistem kardiovascular
Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
Melancarkan peredaran darah
Meningkatkan sistem immunisasi badan
Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
Meningkatkan tahap metabolisma


BAGI YANG INGIN MENGURANGKAN BERAT BADAN DENGAN CARA BERSAUNA SEELOK2NYA :
Lakukan sauna/mandian wap 20 minit diikuti rehat selama 15 minit dan
sambung lagi untuk selama 10 ke 20 minit lagi . Amalkan selang sehari untuk
tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya!!!.

Wednesday, July 18, 2007

Apa maksud tersirat...?


Bila aku mencintainya...
aku tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa aku mencintai dia. Yang ku tahu dihati dan dimataku hanya ada dia satu-satunya.
ku selalu menerima dia seadanya, di hati dan mataku, dia selalu yang tersegak.
aku selalu ingin tahu tentang apa saja yang dia lalui sepanjang hari ini.
aku selalu mengharapkan kiriman 'SMS' yang ringkas seperti 'selamat pagi', 'dah makan ke', 'take care', dan lain-lain lagi, begitupun cukup untuk menyatakan cintanya dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
walaupun dia tak pernah memberikan sesuatu hadiah atau sebarang ucapan, tapi aku tahu dia tetap mencintaiku.
Dan aku selalu mengingati setiap kejadian yang dilalui bersamanya, bahkan mungkin kejadian yang dia sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untukku. Dan saat itu, mataku pasti berkaca. kerana saat bersamanya itu tidak bisa berulang selalu
aku selalu mengingati setiap kata-kata yang diucapkannya, bahkan mungkin kata-kata yang dia sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana aku menyematkan kata-katanya di hatiku.Pasti kau lupa, tetapi aku tidak lupa untuk mengingatinya.
aku belajar menggemari lagu-lagu kegemarannya, bahkan cuba mendengar CD miliknya, kerana aku ingin tahu apa kegemaran - kesukaannya. walaupun sukar meminati kesukaannya,aku tetap cuba.
aku seringkali akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengannya, kerana saat itu aku begitu menghayati suaranya seolah-olah aku sedang memandangnya.
aku selalu ingin berada di sisinya dan ingin menghabiskan hari-hariku hanya dengannya.
~syourin_leon~

Wednesday, June 27, 2007

Bila kita boleh diketemukan lagi...




Lama betul kita tak berjumpa...almost 5 years kan...? Min atau nama manja yang ku berikan padanya 'SOFEA' merupakan teman sekerja sahaja padaku pada mulanya..namun lama-kelamaan...aku jadi terpaut ngan kebaikan, kelembutan serta kesweetannya tu.

Jadi aku rindu sgt dengan sofea ni. Aku titipkan rindu aku ni disini semoga Allah menemukan kan aku padanya.Di harapkan sofea berbahagia disamping keluarganya, dan punya anak yang ramai..he..he...he


~syourin_leon~

Tuesday, June 26, 2007

"Ada matang di dalam mentah

Ada mentah di dalam matang

Di dalam mentah ada matang

Di dalam matang ada matang."
~Miranda Risang Ayu~

Tuesday, June 12, 2007

CINTA TANPA SYARAT

Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya.
Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya.
Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.

Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, “bilalah orang tua ini nak mati!”. Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.

Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.


http://saifulislam.com

Jadilah seorang yang tabah


Selamilah samudera jiwa kita. Umpama ia lautan yang teramat dalam, kerana itulah kita harus mendalami kehidupan. Ibarat diam menyimpan intan, mutiara dan rahsia alam, begitulah selayaknya perasaan dan emosi yang seharusnya berkembang.

Umpama lautan tidak bertepi, sebegitu jua kata dan rasa kemaafan harus diberikan dan diucapkan pada mereka yang mungkin sedang keliru, tidak ambil peduli atau kerana kejahilan rasa hati.

~syourin_leon~

Sunday, June 10, 2007

Pernah cuba tak...


Mama ingin berkongsi pada sesiapa yang mempunyai masalah sembelit pada masa berpantang. Pada sesiapa yang pernah mengalaminya, kalu tak spent masa hampir sejam sambil menangis dalam bilik air...apa kata para ibu mencuba produk keluaran HPA tersebut.


Tak rugi mencuba, kerana harganya berpatutan dan tentunya halal. Pengalaman mama ketika melahirkan anak pertama dan kedua...Allah saja yang tahu. Memandangkan kelahiran anak-anak mama adalah secara normal maka, luka akibat melahirkan dan ditambah lagi dengan masalah sembelit...bolehlah para ibu bayangkan kesakitannya.

Jadi untuk kelahiran ketiga, mama mencuba produk tersebut terutamanya spirulina...memang berkesan.Selain dari itu, ia juga dapat menambah susu badan serta menjadikan ianya berkhasiat. Maklumlah..dalam keadaan berpantang...kebanyakan makanan yang berkhasiat tak dapat diambil. So, pada sesiapa yang ingin mencuba...harganya cuma RM85.00 (masih murahkan...) dan sesiapa yang ingin mencuba spirulina sahaja..harganya RM30.00 untuk 60 kapsul.

Jika berminat dengan produk tersebut
boleh hubungi ym mamabosan04@yahoo.com













Anak lelaki



"Seorang anak lelaki yang hidup di dalam
keluarga di mana, bapanya sangat
menyayangi ibunya akan mendidik si anak
itu untuk turut menyayangi dan
memperlakukan isterinya dengan layanan yang luarbiasa meskipun
isterinya hanyalah seorang suri rumahtangga biasa."

~syourin_leon~








Sunday, May 6, 2007

Everybody Smile.




What puts a smile on my face?
My kids and my lovely hubby

Name the one thing i can't say no to?
Cheese...Yum..Yum

Wednesday, April 25, 2007


Seronok kakak ngan abang dapat adik ye..Sebelum adik kenal dunia ini, lebih dulu kenal kakak ngan abang dulu kan..kan...kan.

Tuesday, April 24, 2007

Kakak & Abang...


Mama akhirnya sempat buat blog utk kt...lepas ni siap korang. Penuhlah muka Kakak, Abang dan Amri dlm blog mama...hihihi